SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA SEMOGA ANDA MENYUKAINYA

Isnin, 1 Oktober 2012

Buku Lawatan dan Pinjaman alatan

    

                                         Borang pinjaman alatan dan buku lawatan

Gambar Awang bersama ahli kumpulan menyiapkan tugasan

                                                Awang sedang menyiapkan tugasan  
                                         

 

                                                         Awang sedang menaip tugasan

Rabu, 29 Ogos 2012

Refleksi Komputer


REFLEKSI
AWANG KECHIK BIN SHAARI ( 671227-02-5761)

            Sesi pengajian semester 3  dimulakan dengan Pembelajaran Berbantukan Komputer Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( BMM3105 ) .Kuliah dikendalikan oleh En.Bukhari b. Shafie. Kandungan pelajaran bagi kertas ini agak mencabar kerana banyak merangkumi pengetahuan berkaitan ICT. Penumpuan ketika kuliah dan ulangkaji telah membantu saya memahami  isi kandungan kertas ini. Saya akui pada peringkat awal , agak sukar untuk menguasai subjek ini,kerana saya amat buta berkaitan dengan computer ini.Sebenarnya  dalam pengajaran dan pembelajaran saya tidak pernah menggunakan ICT. Namun bimbingan pensyarah dan bertanyakan kepada kawan-kawan telah memudahkan saya memahami kehendak isi pelajaran sedikit demi sedikit.
   Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu baru yang telah saya peroleh. Kini saya mendapat pendedahan terutama sekali tentang kepentingan penggunaan ICT  di sekolah.
Pada keseluruhannya saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana dapat bersama-sama berkongsi idea dan pengetahuan baru sepanjang menyiapkan tugasan ini.semasa kuliah dan semasa berbincang dengan kawan-kawan . Banyak pengetahuan baru telah saya peroleh ..Oleh itu, saya dengan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada  En. Bukhari yang telah banyak membantu saya sepanjang kursus untuk subjek ini.
Kesimpulannya subjek ini banyak membantu saya tentang kaedah dan penggunaan ICT yang boleh membantu saya semasa di sekolah. Semoga apa yang saya dapat melalui kuliah ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam kerjaya saya sebagai seorang pendidik. Sekian dan terima kasih buat  semua .
     
                             

SEJARAH PERTUMBUHAN BAHASA MELAYU 

http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/Utama.html

2.1 PENGENALAN
erkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.

Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.

2.2 BAHASA MELAYU KUNO
Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab.

Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera.
Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.

Isnin, 6 Ogos 2012


sumber:cara guna enjin carian

Cara guna enjin cariancara guna enjin carian




APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?
Heri, Alor Setar
Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.
Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.
Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul.
Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.
Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.
Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.
Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-
1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.
2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.
3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.
8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.
nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.
nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.
Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.
Sumber:

etika penggunaan internet

tETIKA PENGGUNAAN INTERNET


Penggunaan internett perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:

  1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
  2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
  3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
  4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
  5. E-mel
5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan ( deceptive marketing).
5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima.
5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan:
a)     Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
b)     Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain.
c)     Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host ).
5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.
                                 


Khamis, Julai 16, 2009


saya dan bahasa

KALAU sejarah pendidikan akademik saya diperiksa, jelas dan nyata tiada sebarang catatan menjadi bukti bahawa saya telah dan pernah mempelajari Bahasa Inggeris sehingga melayakkan saya menerima apa-apa sijil dan diploma.

Namun begitu, saya tidak pernah berasa malu dan rendah diri kerananya.

Walau tidak memilik apa-apa sijil dan diploma, saya masih tetap boleh berbahasa Inggeris. Walau saya namakan bahasa Inggeris saya sebagai bahasa Inggeris Apache, tetapi saya tidak pernah berasa malu untuk menyatakan apa yang ingin saya nyatakan melalui bahasa Inggeris Apache saya ini.

Apakah kerana tidak tahu berbahasa Inggeris yang betul nahu dan larasnya, yang membolehkan saya berdebat dan berucap dengan lancar di dalam bahasa Inggeris, maka saya menjadi seorang anak bangsa Melayu yang mundur dan ketinggalan?

Rasa saya tidak juga.

Dan sebagai penulis, apakah kerana saya tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan benar maka karya saya menjadi tidak bererti dan saya tidak akan mampu untuk menyertai apa-apa acara atau seminar sastera di peringkat antarabangsa?

Saya kira ini pun tidak juga.

Malah setakat yang saya tahu, ramai penulis yang tahu berbahasa Inggeris dan ada yang karyanya telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris pun karyanya masih hanya berlingkar di kelompok sendiri sahaja dan tidak terpandang pun hingga ke peringkat antarabangsa.

Jadi apa masalah yang sebenarnya? Pertanyaan saya ini semakin kuat gema dan dengungnya di dalam diri tatkala membaca kenyataan seorang doktor bahasa di sebuah akhbar yang mengatakan betapa sukarnya seseorang jika berada di luar negara sekiranya tidak menguasai bahasa Inggeris.

Menurut hemat saya, pendapat sebegitu jelas bernada angkuh, meremeh-remehkan dan bermindakan penjajah.

Ini samalah atau kurang lebih semacam dengan suatu andaian bodoh yang mengatakan betapa seorang pekerja asing dari Bangladesh yang tidak boleh berbahasa Melayu akan mati kebulur di negeri ini. Walhal itu tidak pun berlaku.

Sebagai manusia biasa dan seorang penulis, saya kira saya tidak mempunyai masalah apa-apa kerana tidak terlalu mahir dengan bahasa Inggeris. Walau tidak mahir berbahasa Inggeris, saya akan tetap dan terus juga menulis.

Malah, tanpa pengetahuan dan kemahiran berbahasa Inggeris yang tinggi, saya sudah beberapa kali menghadiri acara sastera di luar negara, yang memerlukan saya berhubung dengan para peserta yang lain melalui bahasa Inggeris.

Tanpa kemahiran bahasa Inggeris yang tinggi, saya tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan mereka mengenai sastera dan apa saja perkara berkaitan.

Apa lagi kalau di negara sendiri. Tanpa kemahiran bahasa Inggeris yang tinggi, saya bersedia untuk berinteraksi dengan mana-mana doktor dan sarjana sastera.

Jadi apakah sebenarnya yang dikatakan masalah itu?

Saya tidak pernah berasa malu dan rendah diri kerana tidak mahir berbahasa Inggeris. Malah walau merangkak dan terdengkut-dengkut, saya tetap juga membaca karya berbahasa Inggeris.

Walau saya agak lambat faham dan mengerti, tetapi itu semua apa peduli. Janji saya tetap juga faham dan mengerti. Dan untuk sampai ke tahap itu, saya tidaklah perlu sampai ke tahap menghina bahasa milik saya sendiri, seperti apa yang sedang diperbuat oleh mereka itu.

Tetapi jangan salah duga dan lekas berprasangka, saya tidak membenci bahasa Inggeris dan malah menggalakkan sesiapa sahaja belajar dan menguasai bahasa Inggeris. Malah anak-anak saya sendiri mempelajari dan mengajar bahasa ini sebagai bahasa kedua.

Yang salah di mata saya hanya apa bila ada pihak yang sampai ke tahap kesurupan dan menjadikannya sebagai sesuatu yang mengatasi segala-gala yang lain. Sehinggakan tergamak meluahkan kata kononnya kalau tidak belajar dan menguasai bahasa ini, sesuatu bangsa itu akan menjadi bangsa yang bodoh dan ditinggalkan kemajuan dunia global.

Saya tidak fikir begitu.

Contohnya adalah diri saya sendiri. Saya tidak pernah berasa diri saya ini bodoh dan ketinggalan, semata-mata kerana tidak mengusai bahasa Inggeris.

Jadi apa masalah yang sebenarnya?